Tuesday, January 15, 2013

Faezah Wedding 8 & 9 December 2012

On the 8th of December 2012, my sister in law finally say her wedding vows and was hitched at Blk 663A, Multipurpose Hall, Choa Chu Kang. 

8th December 2012
Faezah & Ridhzuan
Solemnization Ceremony












Happy New Year!!! 2013

Salams Everyone!!!

Hope I'm not to late to wish everyone "Happy New Year!!!!". It's 2013 Babe!!! We beat the Mayan Calendar and we are still alive and standing thanks to Allah SWT. A new year and a new beginning and our old body... Hahaha... Alhamdulillah... All goes well... Will be uploading my December 2012 event soon...

Lots of things are coming up and will update here soon...

Friday, November 16, 2012

My Brother In Law Wedding Day - Rizal & Linda Wedding 10 November 2012

A great family reunion where two family have been reunited on that very day. After 4 years of prayers and hopes from the two families.. Finally they are both being reunited on that very day that is on the 10 November 2012, Saturday.. After the solemnization ceremony and the vows being said.. They are finally husband and wife.. Tears came down on that very special day.. But those are the tears of joy.. The power of hope and doa of a child reunites her Mummy and Daddy together finally.. This beautiful new journey have begun... Hope it will last forever.. Insyallah...



Presenting My Brother & Sister In Law






Message To Both Rizal & Linda

"No other think that we as family members ask from you both... 
We all hope and prayed for your happiness forever...
Amin..."

Posted by: Sukartini Mostafa 16 Nov 2012..

Tuesday, October 16, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam Lebaran.. I know it' very late but as you know.. Been bz lately... I have create a webpage dedicated to my Hari Raya celebrations... You can view them at the link : http://chubbytini.wix.com/lizini-production

Hope you enjoy...
Sorry for the delay again...

Thursday, July 19, 2012

Ramadan Mubarak


Bertemu kita sekali lagi Bulan Ramadan yang mulia ini!!!


Selamat Berpuasa Semua!!!!




Jual pita berwarna biru
dibawa jalan naik kereta
Jaga kata dan laku
bulan puasa sudah didepan mata

sebelum puasa berniat dengan kokohnya
supaya selama bulannya amalan tak ternoda
kalau selama puasa bisa nahan rokoknya
kenapa abis bulannya, gak bisa tahan digoda?

Permaisuri pakai tiara
Sang Raja tersenyum lega
Sambut ramadhan dengan gembira
Beribadah penuh pahala

Mohon Maaf Zahir Batin Semua!!!

Monday, July 9, 2012

A New Beginning...

It's about time.. I have been putting things on the shelve... I have been a devil and a stubborn believer... But he still love me... The call is here... The transformation is about to begin slowly.. It may seem like begin force too but my heart is going towards him... My dear Hubby, thank u for guiding me and reminding me the power of the great one... So show me the light and guide me thru... I know my ability but I have been going against his will.. Not that I forget ur teaching but I'm just being ignorant... Bismillah... The study is about to begin again now... So the time have come... My proof of my faith in u beings now till the end off time.. I love u!!! Thank u for showing me ur power and ur love... U have shown ur miracle... Do guide me all the way till the end of time... Subhanallah...

Qadha’ Dan Qadar

Qadha’ Dan Qadar

Oleh: Nor Akma Binti Ibrahim

Abstrak
Kepercayaan kepada Qadha’ dan Qadar merupakan salah satu perkara yang wajib bagi setiap muslim. Wajib bagi setiap muslim mempelajari tentang hakikat Qhada’ dan Qadar itu dan hubungannya dengan Allah s.w.t. Yang Maha Besar dan Maha Berkuasa. Kepercayaan kepada Qadha’ dan Qadar ialah rukun iman yang keenam. Sesiapa yang tidak percayakan Qhada’ dan Qadar maka kafirlah manusia itu. Melalui perbincangan tentang Qhada’ dan Qadar ini akan menambahkan lagi fahaman makrifat kita terhadap Allah s.w.t Yang Maha Esa. Kukuhkanlah jiwa kita dengan ilmu dan pengajaran Islam yang terpuji itu yang sentiasa menjamin keunggulan Islam untuk selamanya. Melalui usaha dalam mempelajari ilmu, seseorang itu akan mendapat keredhaan-Nya serta keselamatan akhirat yang berkekalan. Pemahaman yang benar adalah penting dalam mencapai keunggulan dalam kehidupan setiap muslim. Selain itu, kita dapat kesederan tentang 99 nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat Allah s.w.t.

1. 0 Pendahuluan

Seorang muslim perlu memahami setiap ilmu dengan pemahaman yang benar atau tidak terpesong. Qadha’ dan Qadar ialah perkara penting dan berkait rapat dengan konsep tawakkal. Perkara penting ini mendorong kita mencapai matlamat sebagai seorang khalifah. Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. yang paling tinggi darjatnya harus mencari makna hidup dan mencari apa sahaja yang sejajar dengan tujuan Allah s.w.t. yang telah mencipta makhluk- makhluk serta telah menempatkan makhluk ciptaan-Nya di dunia ini. Seseorang muslim harus tahu yang alam akhirat merupakan alam yang kekal. Allah s.w.t. lebih tahu dari azali lagi (iaitu zaman terdahulu yang tiada permulaannya) tentang aturcara atau segala yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Oleh itu, manusia tidak boleh mencabar kekuasaan Allah s.w.t kerana hanya Allah s.w.t. yang memiliki seluruh ciptaan-Nya. Setiap yang Allah s.w.t. ciptakan ada kebijaksanan-Nya dan nikmat-Nya. Selain Qadha’ dan Qadar, Allah s.w.t. menguasai segala yang ada di dunia ini dan harus ingat bahawa kita adalah milik Allah s.w.t. sepenuhnya termasuk harta yang kita miliki. Harta benda yang kita miliki juga adalah dari kurniaan Allah s.w.t. Yang Maha Kaya. Kerana itu, Allah menggalakkan kita mensyukuri nikmat dan kurniaan-Nya. Sakit juga kurniaan Allah s.w.t. sebagai ujian kepada hambaNya yang Allah s.w.t. kasihi.

2. 0 Definisi

Qadha’ ialah penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah s.w.t. di azali bagi segala-galanya. Manakala Qadar ialah pelaksanaan Qadha’ iaitu segala-gala yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. di azali, pasti akan berlaku dengan tepat dan tidak boleh tidak.

Mempercayakan Qadha’ dan Qadar ialah satu daripada Rukun-rukun Iman (iaitu perkara-perkara yang seorang Islam wajib mempercayakannya). Perkara Qadha’ dan Qadar ini ada perhubungannya dengan sifat ilmu Allah s.w.t. , iaitu sebagaimana kita dapat mengetahui daripada ilmu Tauhid bahawa Allah s. . w. t. mengetahui segala-galanya. Perkara itu berlaku sama ada di dalam gelap atau terang, jauh atau dekat, bila masa berlakunya dan bagaimanapula berlakunya, bahkan segala yang tersebut itu sudah lebih dahulu mengetahui segala benda-benda dan kerana Allah s.w.t. ada menyatakan didalam al-Quran bahawa segala-galanya sudah lebih dahulu dicatat dalam Loh Mahfuz (buku catatan yang terpelihara iaitu buku yang kandungannya tidak boleh berubah atau hilang atau rosak). Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. telah mengetahui segala kejadian-kejadian sebelum adanya benda-benda itu dan selepas berlaku kejadian-kejadian itu.

3. 0 Perbincanagn

3. 1 Bolehkah Qadha’ berubah?
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Ertinya: “…. Dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa-apa kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis oleh Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu”.

Berdasarkan sabda nabi tadi dapat kita faham bahawa Qadha’ tidak berubah dan Qadha’ yang telah ditentukan oleh Allah tidak dapat di ubah oleh sesiapa pun setelah Allah s.w.t. menulis Qadha’ itu di dalam Loh Mahfuz. Segala Qadha’ yang ditentukan akan terlaksana mengikut apa yang tertulis. Tambahan pula, Qadha’ yang ditentukan pasti akan terjadi dengan tepat. Qadar tidak akan berselisih dengan Qadha’ kerana pelaksanaan Qadha’ hanya mengikut kehendak Allah s.w.t. Yang Maha Bijaksana. Segala yang telah ditetapkan ialah berdasarkan kebijaksanaan Allah s.w.t. dan ada nikmatnya. Jika Qadar berselisih dengan Qadha’ maka akan berertilah bahawa pengetahuan Allah tidak tepat dan tidak sempurna. Melalui Ilmu Tauhid, Allah tidak akan memiliki sifat sedemikian dan tidak mungkin bagi-Nya.

3. 2 Bgaimanakah nasib manusia jika Qadha berubah?
Penentuan yang ditentukan oleh Allah ialah seadil-adilnya. Semua yang terjadi dan yang akan terjadi atas kebijaksanaan Allah s.w.t. Manusia boleh mengubah dan membentuk nasibnya.
Firman Allah s.w.t. didalam al-Quran:

Ertinya: “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka. ”

Firman ini tidak memberi fahaman yang Qadar boleh berlaku berlainan dengan Qadha’ tapi ia bererti manusia boleh berikhtiar atau berusaha mengubah nasib. Manusia tidak boleh berdoa tanpa berusaha.

3. 3 Manusia dan perbuatannya.

Manusia dkurniakan kuasa kecil untuk menggerakkan anggotanya. Namun ada juga yang tidak dapat dilakukan oleh manusia dengan kuasa kecil itu seperti degupan jantung, denyutan nadi dan lain-lain. Manusia juga tidak membuat perbuatannya sendiri. Buktinya dapat dilihat dengan kejadian seperti menjeling. Bolehkah seorang manusia melihat ke belakang tanpa gerakkan badan? Allah s.w.t. telah meletakkan had kemampuan kepada makhlukNya. Setiap yang dilakukan oleh manusia akan ada ganjarannya. bergantung kepada perbuatan mereka samada suruhan atau larangan Allah s.w.t. .

3. 4 Tawakkal

Samalah ertinya dengan berserah kepada Allah s.w.t. untuk tentukannya. Manusia perlu berdoa dan berusaha sebelum berserah kepada Allah s.w.t. untuk ditentukan nasib. Segala yang berlaku telah diketahui oleh Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. juga telah mencatat perubahan nasib manusia dari azali lagi. Perubahan miskin jadi kaya, sihat jadi sakit dan sebagainya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Terdapat juga doa manusia yang telah dikabulkan sejak azali lagi. Segalanya telah dirancang dan telah ditentukan.

3. 5Allah s.w.t. tidak ganggu ikhtiar manusia

Manusia bebas didalam ikhtiarnya. Allah s.w.t. pada umumnya tidak masuk campur atau mengganggu apa-apa perbuatan yang manusia memilih hendak melakukannya. Jika Allah s.w.t. masuk campur atau mengganggu ikhtiar manusia, nescaya ikhtiar itu tiada erti. Allah s.w.t. mungkin akan mengganggu ikhtiar manusia itu jika ada sesuatu hikmah atau sebab yang tertentu. Sebagai contoh, ada manusia ingin mencuri lalu Allah s.w.t. menghalang manusia itu dengan memberi sakit gigi atau sebagainya. Allah s.w.t. memberi ikhtiar kepada manusia agar manusia dapat mencapai apa yang dikehendaki. Ihktiar tersebut telah terdahulu diketahui Allah s.w.t. Segala ikhtiar yang manusia lakukan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Hanya Allah yang berkuasa menghalang ikhtiar Allah s.w.t. Minda manusia dimiliki Allah s.w.t. dan ia akan menurut segala perintah Allah s.w.t. Ada juga ikhtiar yang salah dilakukan oleh manusia disebabkan godaan syaitan, jadi manusia menggunakan kuasa kecil kurniaan Allah s.w.t. untuk melakukan apa yang disuruh syaitan. Allah s.w.t. juga telah menjadikan manusia jahil untuk menunjukkan kesempurnaan sifat Allah s.w.t. yang Maha Adil.

3. 6 Pahala dan dosa

Allah s.w.t. telah tahu jumlah pahala dan dosa yang dihimpun oleh setiap manusia. Dari azali lagi Allah s.w.t. menetapkan pahala dan dosa bagi setiap ikhtiar manusia. Allah s.w.t. juga telah menentukan setiap manusia akan ke syurga dengan cara yang bagaimana. Ada juga ikhtiar manusia yang tidak di sedari seperti melatah. ada manusia yang melatah akan tersebut nama Allah s.w.t. Jika sekali kita mengingati Allah s.w.t. , akan membalas dengan berlipat kali ganda. Setiap ucapan ialah doa, jadi jika kita ucap serta niat hendak bersedekah, Allah s.w.t. telah memberi ganjaran pahala. Allah s.w.t. begitu sayangkan makhluk-Nya sehingga memberi kelonggaran dalam mengadili pembalasan pahala dan dosa. Pembalasan syurga dan neraka bergantung kepada timbangan pahala dan dosa setiap manusia. Allah telah tentukan syurga dan neraka kepada manusia dan tidak mustahl manusia jahil akan diberi ganjaran syurga. ini kerana penentuan pahala dan dosa hanya Allah s.w.t. yang berkuasa. Ada perbuatan yang diganjarkan berganda-ganda samada pahala atau dosa. Allah s.w.t. telah memberi petanda kepada manusia di dunia ini supaya beriman kepadaNya. Allah s.w.t. juga telah menentukan ganjaran dosa besar kepada sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapa agar manusia memperbaiki diri dan berikhtiar untuk mendapat ganjaran syurga yang Allah s.w.t. telah tentukam sejak azali.

4. 0 Kesimpulan

Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Allah s.w.t. Maha Mengetahui. Begitu ringkas untuk manusia mengejar matlamat kerana semua yang kita idamkan telah ditentukan untuk kita oleh Allah s.w.t. Kita sebagai manusia tidak layak untuk mengeji pelaksanaan Qadha’ Allah s.w.t. kerana Dia telah mengurniakan apa sahaja kepada makhluk ciptaan-Nya dengan kebijaksanaan-Nya serta terdapat hikmah yang tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang lalai dan mereka yang tidak bersyukur atas kurniaan Allah s.w.t. sebagai pencipta yang agung. Jika ingin jadi kaya, cuma berikhtiar, berdoa, bertawakkal serta bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana peruntukan kesenangan dan balasan syurga telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya yang Dia sayangi. Belajarlah mensyukuri nikmat Allah dan sujudlah kepada Allah s.w.t. Maha Melihat. Amat rugi manusia itu tanpa kenal siapa Allah s.w.t. dan segala milik Allah s.w.t. ialah ciptaan yang tiada cacat cela. Janganlah merungut jika tidak mendapat apa yang diingini. Selgi ada ruang untuk berusaha, usahalah kerana itulah jalan untuk mencapai matlamat.